BENARKAH PENDAPATAN ANDA SANGAT PENTING?

PERNAH TAK MASALAH SEPERTI INI TERJADI PADA ANDA?

  1. Rasa bimbang akan sara hidup keluarga jika pencari nafkah tiada
  2. Rasa risau sebab menanggung hutang banyak 
  3. Rasa mustahil nak menyimpan tunai yang banyak
  4. Risau tempoh isu harta terbeku selepas kematian mengambil masa terlalu lama untuk dicairkan 

MEMPERKENALKAN KONSEP GANTIAN PENDAPATAN

GANTIAN PENDAPATAN adalah KONSEP IDEA yang membantu PENCARI NAFKAH untuk MENYEDIAKAN MODAL SEKIRANYA PENCARI NAFKAH TIDAK MAMPU BEKERJA. Tidak seperti KONSEP IDEA yang lain, GANTIAN PENDAPATAN menyelongkar FORMULA UNTUK MENJAMIN PENDAPATAN BERTERUSAN SELAMA-LAMANYA

“Tinggalkan anak dan isteri kami dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

– Riwayat Al-Bukhari

KOMITMEN SAYA TINGGI, SESUAI KE SAYA ADA TAKAFUL?

Amat sesuai bagi anda yang mempunyai komitmen tinggi sebab akhirnya bebanan komitmen tersebut terpaksa ditanggung oleh keluarga jika anda gagal alihkan risiko tanggung rugi ke pihak lain (takaful)

APA KATA MEREKA YANG BERKOMITMEN TINGGI?

Shida Pegawai Pemasaran

“Katalah aku meninggal dulu, banyak hutang yang tertunggak boleh suami aku langsaikan.  Memudahkan urusan dia (suami) untuk jaga anak-anak sebab dia uruskan semua seorang. Kos bulan-bulan tu memang terasa nak bayar tapi kalau simpan sendiri aku cakap jujur tak mampu nak bayar semua hutang beratus ribu tu."

    SAYA TAK MINAT TAKAFUL NI

    Anda tak perlu minat untuk mula bertakaful sebab rata-rata pelanggan saya mula bukan sebab minat tetapi mereka mula takaful sebab mereka tahu takaful boleh beri mereka duit sekiranya ditimpa musibah.

    APA KATA MEREKA YANG TAK BERLENGAH UNTUK ADA TAKAFUL?

    “Sebab banyak cerita-cerita yang tak berapa best di social media la yang memaparkan isu  perebutan harta, kesihatan. Jadi untuk manfaat sendiri, kita perlu la melabur sikit untuk kesejahteraan masa depan. 

    Sal Pembantu Tadbir

      SAYA MUDA LAGI, PERLU KE NAK APPLY TAKAFUL?

      Perlu sangat..risiko kehidupan tiada diskriminasi. Risiko muncul pada bila-bila masa sahaja, sama ada anda bersedia atau tidak tanpa kira umur, bangsa atau jantina.

      APA KATA MEREKA YANG MEMILIH UNTUK MENCARUM DI USIA MUDA?

      “Oh itu sudah pasti. Orang muda patut ambil takaful sebab orang muda badan cergas dan kerja kuat.  Jika berlaku kemalangan mudah untuk mendapatkan rawatan. Dan bil juga akan ditanggung oleh pihak takaful.  Dengan itu, orang muda dapat meringankan duit (beban) keluarga.

      Ikhram  Pembantu Teknikal

      “Pendapat saya, kenapa masa muda saya dah pilih untuk ada takaful sebab saya fikir waktu pada masa akan datang, tak tahu apa akan jadi pada saya.  Mungkinkah saya sihat sampai umur sekian sekian atau yang saya takutkan, kalau diduga Allah, saya dapat kanser ke apa ke, mungkin dengan cara ini boleh tolong saya nanti”

      Epul Supervisor

         

        APAKAH KEUTAMAAN DALAM TAKAFUL?

        Sangat digalakkan untuk anda mula dengan melindungi pendapatan kerana pendapatan anda merupakan sumber utama untuk memenuhi keperluan asas (makan, pakaian, tempat tinggal) dan gaya hidup sekeluarga. Takaful merupakan komitmen  yang akan selesaikan komitmen bulanan anda yang lain apabila anda diuji dengan musibah

        Haa yang paling menarik kesediaan anda untuk mencarum takaful sebenarnya tindakan yang membantu membuka jalan keluar kepada masalah lain dalam risiko kewangan seperti untuk tujuan dibawah ini.  Hanya masa sahaja yang akan menterjemahkannya.

        Mari kita renungkan sejenak..

        Dalam hadith lain juga ada juga menyebut ungkapan “tangan di atas adalah lebih baik dari tangan di bawah”

        Maksudnya

        “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-baik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidak membutuhkannya.  Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup Allah akan memberikan kecukupan padanya.”

        BIMBANG SALAH PILIH AGEN?
        EHHHH..KENALI SAYA DULU

        Selamat Datang

        Roqaiyah pakar pengurusan risiko dari Zurich Takaful Malaysia. Roqaiyah menawarkan khidmat nasihat dalam pengurusan kewangan berteknik pengkhususan kepada pengurusan risiko demi memberikan ketenangan kepada pencari nafkah sehingga infiniti.  Matlamat Roqaiyah adalah memastikan setiap pencari nafkah dilindungi  dan keluarga mendapat nilai maksimum dari pengurusan kewangan berkesan.  Berpengalaman luas dalam komunikasi selepas belian sejak 2013, mahir dalam selok belok perkhidmatan hospital dan mempunyai pengetahuan teknikal dalam perubatan yang sangat membantu dalam melicinkan gerak kerja.  Mempunyai pelanggan di serata Malaysia tanpa mengira jantina, umur dan bangsa. 

        APA KATA PELANGGAN PERTAMA SAYA?

        “Alhamdulillah setakat hari ini memang sangat membantu. Saya berada di Kecemasan bulan lepas, dan saya hubungi Roqaiyah jam 2 pagi pun masih angkat dan respon panggilan saya.  Saya yakin selepas ini apa-apa sebarang kemungkinan berlaku, Roqaiyah akan segera membantu.”

        Tieqah Pengusaha Kecil

          OKEY KE TAKAFUL NI? SEBAB RASA LECEH NAK KENA BAYAR BULAN-BULAN MACAM HUTANG

          Ok atau tidak itu bergantung kepada anda. Sebenarnya anda bebas memilih lain-lain mod bayaran seperti suku tahun (4x), setengah tahun (2x) atau setahun (1x).  Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat penjimatan caruman bila bayar secara tahunan! Ada kemudahan untuk automasikan caruman bulanan tu, yang paling penting mula dahulu!

          APA KATA MEREKA YANG MEMILIH UNTUK ASINGKAN PERUNTUKKAN TAKAFUL SETIAP BULAN?

          Tieqa Pengusaha kecil

          “Bagi tieqa tak leceh..sebab kita boleh guna autodebit. Kalau ada kenaikkan atau apa-apa selalunya pihak takaful akan e-mail ataupun Roqaiyah yang akan beritahu.”

            APA SYARAT KELAYAKKAN UNTUK MOHON TAKAFUL?

            Sangat minimum dari umur 14 hari hingga 70 tahun, anda yang sihat sangat digalakkan.  Sesiapa yang dah ada penyakit pun masih layak juga nak mohon di Zurich Takaful.  Ringkasnya semua orang boleh usahakan wang tunai untuk keluarga mereka

            APA KATA MEREKA MENGENAI GANTIAN PENDAPATAN NI,

            JOM KITA BACA SAMA-SAMA!

            “Saya ni bukan gaji banyak pun, susah nak menyimpan untuk masa kecemasan. Kalau sihat sampai tua, alhamdulillah. Yang takutnya tak sempat tua, dah kena macam-macam penyakit. Duit banyak pun pasti akan habis. Sekurang-kurangnya dengan ada takaful dapat la membantu untuk rawatan.

            Epul

            Supervisor

            “Bagi saya takaful ni berbaloi sebab takaful akan membantu di waktu sulit.  Saya sebagai penghantar makanan banyak terdedah kepada risiko. Faedah yang saya dapat pun sangat bagus sekali.  Untuk mencapai RMxxx,xxx dengan menyimpan sendiri salah satunya bimbang akan terguna duit yang disimpan.

            Pian

            Penghantar Makanan

            Berbaloi sangat bertakaful ni.  Caruman pun ikut kemampuan untuk yang bergaji biasa-biasa ni. Semoga bermanfaat untuk masa depan In sha Allah

            Sal

            Pembantu Tadbir

            Secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal tapi asbab saya mengambil takaful adalah untuk menyediakan masa depan yang terbaik untuk diri saya dan anak saya Adam Mateen.  Kita tak tau apa akan jadi pada diri kita adakah selamanya kita akan sihat kan. Sangat berbaloi produk takaful yang saya ambil hanya dengan caruman dibawah RM150 saya dapat menyediakan dan menyiapkan masa depan yang sempurna untuk anak tersayang

            Mudah

            Guru

            CIRI-CIRI

            MANFAAT GANTIAN PENDAPATAN

            KEMATIAN

            BERLAKU KEMATIAN KEPADA SALAH SATU PENCARI NAFKAH ATAU KEDUANYA SECARA SERENTAK, KELUARGA AKAN HILANG/ KEKURANGAN PUNCA PENDAPATAN MENYEBABKAN  KELUARGA ANDA TIDAK DAPAT TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI SEKARANG. MALAH ANAK-ANAK TIDAK DAPAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN DAN AKAN MEMINTA-MINTA 

            HILANG UPAYA KEKAL KESELURUHAN

            RASA PERIT BILA PENCARI NAFKAH MASIH HIDUP TETAPI TAK MAMPU BEKERJA.  PASANGAN ANDA TERPAKSA AMBIL ALIH PERANAN KETUA KELUARGA. LEBIHAN TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL MENCETUS TEKANAN KEPADA PASANGAN DAN MASA DEPAN ANAK-ANAK MENJADI MANGSA

            SAKIT KRITIKAL

            BILA PENCARI NAFKAH DISAHKAN SAKIT KRITIKAL, POTENSI UNTUK ANDA DI BUANG KERJA AMAT TINGGI DAN BILA INI BERLAKU, ANDA TIADA LAGI BERPENDAPATAN. DALAM MASA YANG SAMA KEPERLUAN ASAS DAN KOMITMEN SEPERTI HUTANG KERETA, RUMAH, PENDIDIKAN ANAK-ANAK MASIH PERLU DITANGGUNG SELAGI ANDA MASIH HIDUP. PALING SEDIH BILA ANDA SUDAH SAKIT KRITIKAL TERPAKSA BEKERJAUNTUK MENYARA KELUARGA

            KEMALANGAN

            KEMALANGAN BERLAKU SECARA TIBA-TIBA KE ATAS PENCARI NAFKAH, PASTINYA KELUARGA ANDA TIDAK BERSEDIA UNTUK HILANG PUNCA PENDAPATAN.  RISIKO TERPUTUS ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN MENYUKARKAN PELUANG UNTUK MENDAPAT KERJA BARU. MAKA KELUARGA TERPAKSA HIDUP DENGAN MENGHARAPKAN BANTUAN.

            MASUK HOSPITAL BERPANJANGAN

            KEMASUKAN WAD TERLALU LAMA MENYEBABKAN PENCARI NAFKAH KERAP CUTI SAKIT.  PRODUKTIVITI ANDA DI TEMPAT KERJA JATUH, MALAH TURUT MENJEJASKAN PENDAPATAN ANDA.  NAMUN DISEBABKAN ANDA MASIH PERLU MENANGGUNG KOS-KOS TERSEMBUNYI SEWAKTU DI HOSPITAL, ANDA TERPAKSA MEMILIH UNTUK BEKERJA DALAM KEADAAN SAKIT ATAU  MEMINJAM DARIPADA ORANG LAIN. 

            ANTARA KELEBIHAN DAN MANFAAT KONSEP GANTI PENDAPATAN YANG TELAH TERBUKTI DITUNAIKAN

            KENYATAAN 1

            Orang biasa bila sakit, terpaksa keluarkan simpanan dan lebur harta.

            Orang bijak bila sakit, simpanan dan hartanya semakin bertambah. Itulah kerja kami sebagai konsultan takaful.

            Alhamdulillah di hari terakhir 2021 ni, kami berupaya bantu seora doktor perubatan di hospital awan dapat gantirugi RM400,000 kerana penyakit kanser yang dihidapinya. Pampasan di bayar penuh walaupun baru stage 1. 

            Moga beliau diberi kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan keluarga selepas ini.

            KENYATAAN 2

            Alhamdulillah berjaya membantu selamatkan simpanan seorang pelanggan yang tiba-tiba jatuh motor.

            Luka tetap berdarah, sakit lambat hilang tapi simpanan kecemasan tidak berkurang.

            Dipermudahkan urusan pelanggan.  

            BAGAIMANAKAH DUIT PAMPASAN SELAYAKNYA DIGUNAKAN?

            Waris bebas menggunakan duit pampasan tersebut sebab itu ialah hak  waris anda.  Namun suka saya tekankan, amat bagus sekiranya semua waris ambil tahu. Waris/waris-waris sangat digalakkan untuk menguruskan pampasan mengikut salah satu kaedah dibawah agar duit pampasan tersebut benar-benar dapat dimanfaatkan oleh waris seperti mana yang dihajati oleh pencari nafkah iaitu menggantikan pendapatan beliau selepas ketiadaanya.

            Jom saya tunjukkan..

            Pampasan dijadikan MODAL dalam pelaburan.  Waris boleh memilih untuk melabur di mana-mana badan kewangan yang boleh memberikan pulangan dividen minimum 8% setiap tahun.  Selepas pelaburan cukup tempoh, waris menikmati dividen setiap tahun

            Simulasi Kaedah 1

            Sekiranya waris mempunyai dana kecemasan (minimum setahun)

            Kos sara hidup sebulan RM2,000 (tahunan = RM24,000)

            RM300,000 x 8% = RM24,000 setahun

            RM24,000 dipecahkan kepada penggunaan 12 bulan

            Secara langsung, keluarga ada gantian pendapatan RM2,000 setiap bulan mulai tahun ke-2 dan seterusnya. 

            Simulasi Kaedah 2

            Digunapakai sekiranya waris tiada langsung dana kecemasan 

            Kos sara hidup bulanan RM2,000

            RM300,000 – RM24,000  = RM276,000

            RM276,000 X 8% = RM22,080

            RM22,080 dipecahkan kepada penggunaan 12 bulan

            Secara langsung, keluarga ada pendapatan RM1,840 setiap bulan mulai tahun ke-2

            JANGAN TUNGGU LAGI, MASA BERJALAN.. HARGA PAKEJ SENTIASA BERUBAH!!!

            KATEGORI KEPERLUAN TAKAFUL

            Individu adalah unik namun risiko hidup kekal sama.

            HERO

            Fokus

            RM ? /Bulan
            • Suami
            • Ayah Tunggal
            • Pemilik Perniagaan tunggal/ bersama

            SURI

            Fokus

            RM ? /Bulan
            • Isteri
            • Isteri-isteri
            • Ibu Tunggal
            • Pemilik Perniagaan tunggal/ bersama

            PERMATA

            Fokus

            RM ? /Bulan
            • Anak 18 tahun ke bawah
            • Anak 18 tahun ke atas

            Mari kita lihat, kategori manakah ANDA?

            ANDA HERO!

            1. Ya. Saya berperanan membawa wang masuk ke dalam keluarga
            2. Ya. Saya menanggung semua atau hampir semua komitmen keluarga
            3. Ya. Saya mempunyai Ayah Ibu yang sudah tua
            4. Ya. Saya tunggak utama dalam operasi organisasi /perniagaan

            Ini khas untuk anda, kerana idea gantian pendapatan akan membantu anda menyediakan dana mudah cair untuk membiayai kos sara hidup keluarga, kos pusaka, dana penyelesaian hutang piutang, dana kecemasan lain demi meringankan beban kewangan masa depan dengan anggaran peruntukan 10% dari pendapatan anda sahaja.

            ANDA SURI!

            1. Ya. Saya bakal pengganti ketua keluarga
            2. Ya. Saya ialah tulang belakang pengurusan keluarga
            3. Ya. Saya menanggung 40% ke 60% komitmen keluarga
            4. Ya. Suami saya beristeri lebih dari satu

            Ini khas untuk anda, kerana idea gantian pendapatan akan membantu menjamin pendapatan anda selamanya dan membantu membina tabung dana kecemasan dan secara tak langsung membantu mengelakkan kebocoran simpanan kepada pencari nafkah  dengan anggaran peruntukan dari minimum RM86 sahaja.

            ANAK- ANAK PERMATA SAYA

            1. Berapa lama Ibu atau ayah boleh cuti tanpa pendapatan?
            2. Siapa orang pertama yang sanggup bercuti/berhenti kerja sekiranya anak tidak sihat?
            3. Siapa orang yang paling terkesan dari segi kewangan jika anak disahkan menghidap sakit kritikal dan memerlukan wang yang banyak untuk tanggung kos rawatan yang tinggi?
            4. Siapakah sumber utama untuk sediakan dana pendidikan anak-anak

            Anak-anak tidak menghasilkan pendapatan.  Namun tidak bermakna mereka tidak perlukan perlindungan.  Dengan idea gantian pendapatan, saya nak jamin pendapatan ibu atau bapa sekiranya terpaksa mengorbankan kerjaya mereka demi memberikan penjagaan terbaik dan fokus kepada pemulihan anak tersayang.  Bermula dari min RM84 untuk perlindungan maksimum.

            RISAUNYA…

            TIDAK MENGAPA. PALING MELEGAKAN SEKALI ADALAH SAYA ADA DISINI UNTUK MEMBANTU ANDA…OK?

            Anda hanya tunggu dirumah sahaja..

            Saya akan bimbing anda hanya  dengan 4 langkah mudah!

            e-Presentation

            PERTEMUAN MAYA (PLATFORM ZOOM) DEMI KESELESAAN ANDA

            Bersedia dengan myKad

            TIDAK PERLU BER SWAFOTO! HANYA SEDIAKAN KAD PENGENALAN ANDA

            Online Submission

            PERMOHONAN DIHANTAR SECARA ATAS TALIAN

            e-Certification

            PENERIMAAN SIJIL POLISI SECARA MAYA

            Jom kita sama-sama mulakan langkah ke slot e-Presentation sekarang!

            Hanya dengan isikan maklumat dibawah anda membantu saya untuk memberi penerangan yang bersesuaian dengan keperluan anda

            Dapatkan sebut harga percuma!

              Saya akan menghubungi anda dalam masa 1-3 hari bekerja untuk sesi penerangan lanjut di platform Zoom! Tak perlu keluarkan sebarang kos pun. Sesi ini adalah PERCUMA sahaja. 

              SOALAN BONUS

              Takaful menawarkan penyelesaian kewangan disaat memerlukan.  Penanda aras yang bagus bergantung kepada susunan manfaat yang diambil oleh pemilik polisi.  Lebih besar risiko dilindungi beserta jumlah perlindungan yang betul bermakna lebih banyak masalah kewangan boleh diselesaikan. Maka ia adalah takaful yang bagus 

              Takaful ialah satu instrumen urus risiko.  Dibawahnya terdapat pelbagai produk bagi memenuhi keperluan melindungi risiko kewangan dikalangan Rakyat Malaysia.

              Secara amnya, semua produk adalah tertakluk kepada perubahan caruman.  Walau bagaimanapun adalah amat jarang sekali berlaku perubahan caruman terhadap produk takaful hayat. 

              Tidak dinafikan kenaikan caruman kerap berlaku terutamanya ke atas produk Kad Perubatan berikutan beberapa faktor seperti  peningkatan kos rawatan hospital swasta, peningkatan bilangan tuntutan kemasukan hospital dan lain-lain.  

              Roqaiyah ialah perunding kewangan terlatih dan berkemahiran dalam memberikan khidmat nasihat, menyusun dan perkhidmatan selepas belian.  

              Perkhidmatan yang diberikan adalah menfokuskan kepada penyelesaian risiko kewangan berstrategi. 

              Sangat baik sekiranya anda berhasrat begitu.  

              Namun yang paling penting ialah mencukupkan perlindungan ibu dan bapa terlebih dahulu kerana  terlindungnya ibu bapa, ia bermakna melindungi anda sekeluarga

              Zurich Takaful mempraktikkan kemudahan berhubung melalui atas talian secara individu.  Setiap pemilik polisi akan mendapat akses percuma ke laman akaun mereka. 

              Sebarang urusan seperti pertukaran alamat, pertukaran nombor akaun auto debit, penghantaran tuntutan juga boleh dilakukan secara atas talian.  Jika anda pemilik polisi, boleh log masuk melalui https://myzurichlife.com.my/

              Bagi anda yang telah disahkan positif Covid-19, sila maklum kelayakan mengikut kategori berikut :-

              Positif Covid-19, Stage 1 & 2 – Layak memohon selepas sebulan dari tarikh disahkan bebas dari virus

              Positif Covid-19, Stage 3,4 & 5 – Layak memohon selepas 6 bulan dari tarikh disahkan bebas dari virus

              Selain itu, akan ada tambahan maklumat berkaitan diperlukan.  Untuk proses memakluman sejarah positif Covid-19 ini anda akan dibimbing oleh saya. Jadi tak perlu risau ya. 

              Tidak.  Sekiranya caruman gagal ditolak pada tarikh sepatutnya, polisi akan bertahan untuk suatu jangka masa anggaran paling awal dua bulan sebelum polisi menjadi tidak aktif.  Tempoh aktif polisi adalah bergantung kepada sifat polisi itu sendiri. 

              Maka adalah sangat baik sekiranya anda dapat berkomunikasi dengan agen atau syarikat untuk mengetahui status sebenar polisi.  

              Hibah bermaksud hadiah. Maka sesiapa yang waras, berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk menjadi penerima hibah

              Wasi atau wakil ialah orang yang dilantik oleh pemilik polisi untuk menjaga harta dan membahagikan harta tersebut mengikut bahagian yang fardhu

              Berdasarkan pengalaman saya, tempoh tuntutan boleh menjadi sangat cepat iaitu satu minggu atau berbulan-bulan.  Proses kelulusan akan menjadi sangat mudah dengan dokumen yang lengkap dan kejelasan status kesihatan pemilik polisi ketika permohonan awal. 

              Bercita-cita memiliki perniagaan sendiri?

              Copyright © 2022. Roqaiyah.com